Sukan Lasak | SESA gilap bakat baharu sukan lasak Sarawak

2022-08-11 1

Persatuan Sukan Lasak Sarawak (SESA) berhasrat menjadi lubuk melahirkan atlet sukan lasak di negeri itu.

Presidennya Nik Mohd Suhaily Bahari, berkata pelbagai kaedah dilaksanakan bagi mencari dan menggilap bakat muda yang mahu menjadikan sukan lasak sebagai satu kerjaya selain hobi.